Seni Konten untuk Personal Branding

Pelajari teknik hasilkan konten yang berkualiti serta bina personal branding anda di media sosial!

16 & 17 Okt 2021
9 AM - 1 PM
FB Live (Private Group)

Apa yang anda akan belajar?

Anda akan lebih faham konsep & fundamental dalam content marketing supaya anda tak buntu lagi nak tulis apa di media sosial nanti!

01.

Apa itu Content Marketing?

Kita hidangkan konten bermanfaat & evergreen. Nilai post anda lebih tinggi pada mata pengikut anda berbanding post orang lain.

02.

Apa itu Personal Branding?

Bina penampilan media sosial dengan keunikan tersendiri. Media sosial anda adalah resume & portfolio anda!

03.

Engagement Mastery

Hasilkan post yang berpengaruh supaya netizen bertindak untuk like, komen, follow & share post anda!

04.

Konten untuk Audiens

Kenali audiens kita dengan mendalam hingga mereka rasa, “Eh, dia tengah bercakap pasal aku ni..” dan mereka suka dengan post kita!

05.

Asas Copywriting

Pelajari asas dalam copywriting. Dengan merujuk struktur AIDA, anda akan lebih mudah menulis cerita, copywriting & ayat berpengaruh.

BONUS!

Sesi Ulangkaji

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Kali ini, kita praktikkan terus & semak semula topik yang telah kita pelajari supaya tidak mudah lupa!

Menarik! Saya nak daftar sekarang!

16 Okt, Sabtu

9 am - 1 pm

Irfan Foner

Beliau adalah illustrator Siri Bestnya & visualizer konsep yang membangunkan pelbagai projek konten & penjenamaan bagi pelbagai entiti seperti Nasi Lemak Saleha, Ainon Business School, DBP, Dzul Iman & Startlah Innovation.

Beliau menguruskan pelbagai karya kreatif seperti komik & buku cerita yang memberikan macam-macam manfaat kepada pembaca & audiens. Beliau adalah graduan Kulliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, UIAM.

Hari Pertama

Tuan Irfan akan menceritakan serba-serbi tentang content marketing & personal branding. 4 jam yang padat dengan perkongsian. 🔥

BONUS EKSTRA

17 Okt, Ahad

9 am - 11 am

Hafizi Azmi

Beliau merupakan ketua Biro Komunikasi & Multimedia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kota Raja.

Sepanjang karier sebagai pembangun laman web di DigitalShop.my , beliau berpengalaman dalam membantu merangka strategi pemasaran digital & mengarang ayat jualan (copywriting) untuk landing page/sale page pelanggan. Beliau juga bekas penuntut Kulliyyah Teknologi Maklumat & Komunikasi, UIAM.

Hari Kedua

Tuan Hafizi adalah hos anda pada hari Sabtu. Beliau akan mengendalikan sesi bonus pada hari Ahad untuk ulangkaji selama 2 jam. 👌🏻

+2 Buah Hadiah Cabutan Bertuah 🎉

2 orang daripada peserta yang hadir pada hari Sabtu berpeluang untuk merebut hadiah pada sesi cabutan bertuah nanti!

"Buku yang sangat membantu saya untuk hasilkan post berbentuk story telling. Macam-macam teknik & strategi dah tersusun dalam buku ni, tinggal kita je nak buat atau tak,"
- Hafizi Azmi
  • 00Hari
  • 00Jam
  • 00Minit

Daftar hanya RM11

Pelaburan kecil untuk manfaat besar sepanjang hidup. Kita bukan setakat belajar teknik-teknik terhebat, tapi kita belajar pokok asas & fundamental. Skil yang boleh dipraktikkan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Jaminan Bukan Sembang

Kami hargai wang & masa anda. Kami akan pastikan program ini memberi sedikit sebanyak manfaat dan impak yang mendalam supaya wang & masa anda dilaburkan pada perkara yang bermakna dalam kehidupan anda. Itu jaminan kami! 😄